- Mempromosikan kempen ‘ATLET BEBAS ROKOK’
- Objektif sampingan: Melahirkan atlet berkualiti, menambah bilangan kejohanan untuk atlet bawah umur dan memupuk winning attitude dalam kalangan atlet sejak dari sekolah rendah lagi.
- Menjejak bintang olahraga di sekolah2 dan kelab2 olahraga setiap negeri
- Menarik minat bersukan dikalangan pelajar, guru & komuniti setempat
- Memberi kesedaran, mendidik, memupuk dan membudayakan nilai-nilai murni untuk
cintakan gaya hidup sihat, bersih dan berdisiplin.
- Menjadi sarana ke arah pembudayaan dan pembangunan olahraga holistik baru yang
suci dari sebarang noda khususnya rokok, dadah dan semua bentuk gejala sosial
- bukan sahaja kepada para atlet, jurulatih, khidmat sokongan, guru dan pelajar
tetapi juga pada penonton dan masyarakat amnya.
PERATURAN – PERATURAN PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan-peraturan WA / KOM dan juga mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur kejohanan ini.
Sistem Pertandingan
- Bagi acara 100m, dua peringkat akan dijalankan iaitu separuh akhir dan akhir.
Kelayakan ke peringkat akhir adalah berdasarkan kedudukan masa lapan (8) terbaik.
- Pemenang bagi acara balapan yang lain akan ditentukan oleh pihak penganjur
berdasarkan catatan masa yang disusun mengikut kedudukan.
- Pengurus pasukan wajib memasukkan catatan semasa terbaik (season best) semasa
proses pendaftaran di laman sesawang rasmi kejohanan untuk menentukan kedudukan
lorong peserta diundi secara adil.
- Pihak pengelola berhak menukar format pertandingan.
Catatan Masa
Catatan masa secara elektronik sepenuhnya akan digunakan di dalam kejohanan ini. Masa reaksi setiap larian akan dicatatkan di dalam keputusan rasmi sebagai panduan jurulatih pada masa akan datang.